Bismillah

Bismillah

Monday, February 24, 2014

Aku perasan

sendiri.  Tajuk novel ini telah membuatkan aku kelihatan 'muda remaja' di hati rakan-rakan baru di fb. 

Hmm ...

Seharum Doa Bonda. 

Ia tajuk yang disepakati oleh editor-editor berkenaan.

Pertama kali aku dikhabarkan perihal tajuk ini, serta-merta aku menyukainya.

Doa bonda adalah makbul. 
Doa bonda adalah semua bicara bonda.
Kata-kata bonda bak mutiara yang meluncur dari bibirnya, adalah semuanya doa ampuh.
Doa itu serba indah sewajarnya.
Maka untailah bicara yang baik dan mulus romannya.
Itulah permata yang diangkat para malaikat ke persada langit tertinggi
tingkat demi tingkat hingga ke penerimaan Illahi
Doa yang indah dan harum wangi
Itulah doa yang telah sentiasa memiliki martabat tinggi
Bersama iringan airmata hatta berhias senyum tawa
Bicara bonda ... harum wangi selamanya.

Seharum Doa Bonda.
Berdoalah yang baik-baik untuk anakandamu.  Di mana sahaja berada.  Apa jua situasinya. 

Allahumma aameen. 
InsyaAllah.

Aku perasan, tajuk ini membuatkan aku sedikit muda dari biasa. Hmmm ...

Remove Pic

Semalam terdetik di hati untuk bertanya khabar Tuan Editor SDB.  Dan aku ceritakan momentum dari bengkel penulisan kelmarinnya.  Dengan segera Tuan Editor mengabarkan tentang isu plagiat yang pernah berlaku pada cover novel yang akan diterbitkan. 

Untuk maslahatan semua pihak yang terlibat, aku gantikan gambar kulit buku peringkat pemilihandi page itu kepada gambar lain.  Ia gambar pemandangan yang paling aku sukai di persisiran Pantai Lumut ketika matahari sedang tenggelam.

Apabila buku telah benar-benar siap, barulah gambar kaver sebenar akan dimuatnaik semula insyaAllah.  Itulah yang sepatutnya aku lakukan.

Ada kenalan yang menyangka status aku di FB adalah petikan novel SDB.  Hmm ... aku tak dapat melakukannya.  Hal ini pun tak terfikir untuk aku bertanya kepada Tuan Editor.  Tambahan pula manuskrip dalam simpananku entah di mana menyembunyikan dirinya, asbab berpindah randah tempohari.

Penerbitan yang ekslusif dan elit, menurut seorang sahabat penulis hebat di FB.  Maka aku harus akur pada peraturan dan disiplinnya. 

bersambung, insyaAllah/

Saturday, February 22, 2014

Ke Brunei Darussalam

Pada penghujung 2009, suami saya berhijrah kembali ke negara minyak yang indah permai ini.  Dan saya serta anak-anak (kecuali yang sulung, belajar di madrasah) menyertai beliau tiga bulan kemudian.

Di Brunei, saya mengambil masa yang agak panjang untuk mendapatkan semula memontem penulisan.  Mujur benar, Sifu memahami situasi saya.  Bukan setakat itu, Sifu mengirimkan saya beberapa buah karya beliau yang hebat sebagai hadiah.  Alhamdulillah.

Masih sukar mencari masa yang khas untuk duduk menulis, saya kerap membawa diri ke Perpustakaan Seria dan Perpustakaan Lumut.  Staf-staf di situ menjadi kenalan baik saya.  Perpustakaan di sana memang selesa dan dingin oleh penghawa dingin yang merata-rata.  Memang best!  Nyaman bha...

Dengan gaya, memang nampak bukan calang-calang semangat yang membara. Tetapi sebenarnya ... susah nak cakap.  Momentum yang teramat perlahan. Tiada memontem sebenarnya.

Wah, tiba-tiba perkataan momentum menjadi perkataan favourite pulak semenjak bengkel penulisan semalam hehe ...  Dulu menggunakan perkataan ini untuk subjek Fizik.  Sekarang guna semula untuk situasi diri.  Hmm ...

Bersambung/


Buah tangan pertama

Assalamualaikum.

Seharum Doa Bonda ini adalah buah tangan saya yang pertama pada usia ini. 

Satu perjalanan yang agak panjang, bermula dengan cerpen bertajuk Maafkan Kakak.  Saya selalu merujuk kepada kakak saya, Zulina Hassan dan memintanya membaiki cerpen tersebut.  Akhirnya saya dicadangkan olehnya untuk cuba mengikuti bengkel online percuma bersama penulis prolifik Puan Azmah Nordin.

Puan Azmah atau dikenali dengan panggilan SIFU oleh anak-anak didik beliau sangat sabar mendidik saya, yang sukar untuk mencapai tahap disiplin yang membanggakan.  Satu mujahadah yang sangat mencabar sebenarnya. 

Sepanjang bengkel cerpen itu, saya sudah mula mendapat galakan dari Sifu supaya menulis novel pula.  Dan cerpen Maafkan Kakak adalah asas plot untuk novel saya kelak.

Namun bermacam-macam plot yang muncul dalam kepala.  Percubaan demi percubaan saya lakukan sehingga mengambil masa yang lama di dalam perbincangan.  Namun Sifu sangat sabar!

Memikirkan kisah yang paling menyentuh perasaan untuk diangkat dalam novel, bersama nilai murni yang hebat untuk dipersembahkan buat pembaca remaja ~ saya membuat keputusan tersendiri.  Kisah arwah kakak saya sendiri, Allahyarham Norliza Hassan, yang ketika itu baru kembali ke pangkuan Illahi, sebagai asas penting manuskrip pertama ini.

Sudah tentu sebuah perpisahan adalah satu kesedihan.  Masih terbayang jelas di ruang mata keadaan arwah kakak yang saya ziarahi di katil hospital.  Sikap dan wajah ahli keluarga beliau terutamanya anak-anak yang masih terlalu muda.  Dik Mat, anak bongsu arwah yang masih terlalu kecil untuk perpisahan abadi ini.

Saya mula mencungkil kisah-kisah tragis di sepanjang saat-saat akhir arwah kakak, yang menyentuh hati dan perasaan kami sekeluarga.

Semua itu saya olah semula untuk menghidupkan jalan cerita. 

Benar, ia satu yang susah buat saya.  Tiada asas penulisan melainkan sedikit minat yang perlu dibaja dan azam yang perlu diasah. 

Bersambung~