Bismillah

Bismillah

Tuesday, May 6, 2014

Tiga Hari Berlalu

setelah PBKL 2014 usai Ahad kelmarin.

Saya kembali terkenangkan novel (manuskrip) Seharum Doa Bonda yang telah berada di tangan editor.  Bagaimanakah agaknya perkembangan novel itu sekarang?  Bagaimana pula perkembangan empat novel yang lain?

Saya hanya memikirkan hal ini sendirian sahaja.  Sekadar bertanya ringan kepada diri sendiri.

Saya berdoa ke hadrat Allah semoga Dia memudahkan segala urusan pihak berkenaan, sehingga novel ini dan empat novel penulis lain itu berjaya diterbitkan.  Semoga akan sampai juga ke tangan pencinta buku nanti.

InsyaAllah.

Dan saya terfikirkan tajuk ini pula; Madrasati Jannati.  Hmm ...

Saya masih mengingati tajuk novel ini yang ditemui sekelimbas lalu di alam maya, Sweet Madrasati.  Saya pernah cuba mencarinya di kedai buku tetapi tidak ketemu.  Teringin untuk menatapinya ... Apakah stori di dalamnya?

Ada sesiapa yang pernah membelek isi novel ini?

Madrasati Jannati.  Semoga Allah membantu saya. 

InsyaAllah.  Allahumma aameeen.